Tuesday, August 27, 2013

Tunggu Punya Tunggu

apa yang kau kejar? apa yang kau cari?
jumpa? atau masih tersembunyi?

suka? semua menggilai?
suka? tarik populariti?

mungkin itu yang kau cari.
tapi tidak aku disini.
masih sendiri, menanti.

menanti cahaya ilahi.

tidak aku sorang diri.
aku mahu bawa kau skali.
sebab bukan aku penting diri.
aku sayang kau sepenuh hati.

tapi kenapa?
kenapa kau tak mengerti?
sayang aku bukan duniawi.
sayang aku syurga ilahi.

cubalah.

cuba kau fahami.
selami hati ini.


1 comment:

  1. nukilan khas buat yang tersayang. tidak kiralah keluarga, sahabat mahupun musuh yang telah terpesong jauh dan kita ingin sama2 berjaya, membantu sama lain.

    ReplyDelete