Tuesday, August 27, 2013

Tuah Tenang

tuah, mari sini.
dekat dengan ku.
jangan takut, jangan lari.
lihat disini, ramai menanti.

siapa mahu? siapa berani?
dekat lah dengan tuah ku ini,
hulur tombak mu, hunus keris mu,
lihat tuah patah, satu persatu.

biar aral melintang,
biar langit berlinang,
tuah tenang.

khatam semua, tuah menghilang.
pulang ke gagang.
menanti, menunggu apa yang datang.
silih berganti, tuah tenang.

walau kini tuah tiada,
begitu juga petualang nya,
pergi bersama tanpa tanda,
tiada khabar berita.

tuah tenang.

1 comment:

  1. cerita mengenai kawan, yang memerlukan kita dikala susah. namun hilang selepas senang. tuah bukan nama. tuah adalah kejayaan. tombak, keris, petualang pula adalah permasalahan dunia.

    ReplyDelete