Tuesday, August 27, 2013

Aku Ada Satu Kawan

aku ada satu kawan.
tak macam kamu, beribu.

aku ada satu kawan, serupa dengan aku.
tak macam kamu, seribu serba satu.

aku ada satu kawan, cari salah aku.
tak macam kamu, semua setuju.

aku ada satu kawan, taknak mengerti aku.
tak macam kamu, dunia pun tahu.

kerana aku ada satu kawan,
yang tahu, kami lemah.
yang sedar, kami memerlukan.
yang ikhlas, menegur sama lain.

aku ada satu kawan, cukuplah.

3 comments:

  1. cerita mengenai sahabat yang sentiasa ada bersama kita walau susah, mahupun senang. rakan yang sentiasa melihat, perbaiki diantara satu sama lain tanpa toleransi berlandaskan syariah yang telah ditetapkan.

    ReplyDelete