Tuesday, August 27, 2013

Tuah Tenang

tuah, mari sini.
dekat dengan ku.
jangan takut, jangan lari.
lihat disini, ramai menanti.

siapa mahu? siapa berani?
dekat lah dengan tuah ku ini,
hulur tombak mu, hunus keris mu,
lihat tuah patah, satu persatu.

biar aral melintang,
biar langit berlinang,
tuah tenang.

khatam semua, tuah menghilang.
pulang ke gagang.
menanti, menunggu apa yang datang.
silih berganti, tuah tenang.

walau kini tuah tiada,
begitu juga petualang nya,
pergi bersama tanpa tanda,
tiada khabar berita.

tuah tenang.

Aku Ada Satu Kawan

aku ada satu kawan.
tak macam kamu, beribu.

aku ada satu kawan, serupa dengan aku.
tak macam kamu, seribu serba satu.

aku ada satu kawan, cari salah aku.
tak macam kamu, semua setuju.

aku ada satu kawan, taknak mengerti aku.
tak macam kamu, dunia pun tahu.

kerana aku ada satu kawan,
yang tahu, kami lemah.
yang sedar, kami memerlukan.
yang ikhlas, menegur sama lain.

aku ada satu kawan, cukuplah.

Tunggu Punya Tunggu

apa yang kau kejar? apa yang kau cari?
jumpa? atau masih tersembunyi?

suka? semua menggilai?
suka? tarik populariti?

mungkin itu yang kau cari.
tapi tidak aku disini.
masih sendiri, menanti.

menanti cahaya ilahi.

tidak aku sorang diri.
aku mahu bawa kau skali.
sebab bukan aku penting diri.
aku sayang kau sepenuh hati.

tapi kenapa?
kenapa kau tak mengerti?
sayang aku bukan duniawi.
sayang aku syurga ilahi.

cubalah.

cuba kau fahami.
selami hati ini.